Thursday, April 29, 2021

Bicara Kes Pusaka

Kisah benar daripada Ustaz Wan Abdul Halim semasa mengendalikan perbicaraan pusaka di Ipoh, Perak.

Tanpa Anak Lelaki

Selalu diperkatakan oleh orang ramai bahawa kalau tiada anak lelaki, akan susah jadinya. Bagaimana pula dengan kes ini?

Fakta kes:

Si mati: Roslan

Waris: seorang isteri, seorang anak perempuan berumur 10 tahun dan seorang saudara lelaki seibu sebapa, Rosmat.

Harta Peninggalan: sebuah rumah teres bernilai RM80,000.00

Permohonan untuk membahagikan harta pusaka yang dibuat oleh isteri si mati dan perbicaraan harta pusaka berlangsung di Pejabat Pusaka, JKPTG Ipoh, Perak.

Pegawai:       “Puan, rumah teres ni nak bahagi macamana?”

Isteri:             “Saya pohon dibahagi mengikut hokum faraid.”

Pegawai:    “Maknanya rumah teres ni didaftarkan dengan 3 nama mengikut bahagian   masing-masing?” (Bertanya untuk kepastian)

Isteri:              “Ya, Tuan.”

Pegawai:       “En. Rosmat, encik tinggal di mana?”

Rosmat:         “Saya tinggal di Johor Bharu, Tuan.”

Pegawai:       “Bila dating ke Ipoh?”

Rosmat:         “Semalam. Saya bermalam di hotel.”

Pegawai:      “En. Setuju rumah teres ni dibahagi mengikut hukum faraid?”

Rosmat:         “Tuan, bahagian saya, saya dgn rela hati serahkan kepada anak saudara saya.”

Pegawai:      “Benar ke encik tak mahu bahagian encik? Encik dating dari jauh, bahagian     encik 3/8 bahagian. Bernilai RM30,000.00.”

Rosmat:        “Ya Tuan. Saya serahkan kepada anak saudara saya yang seorang ni. Dan saya berjanji akan tanggung (perbelanjaan) dia sehingga dia besar (dewasa).”  

Situasi tidak semena-mena menjadi hiba. Saya terlihat isteri si mati mengeluarkan sehelai tisu daripada dalam beg tangannya lalu mengesat air mata yang mengalir keluar. Mungkin dia terkejut dan terharu dengan kata-kata Rosmat.

Pegawai:       (Tersentuh dengan situasi tersebut dan terlintas di dalam hati: Masya Allah, Allah telah menunjukkan kepadaku akan hikmahNya.)


Keputusan Perbicaraan:

Sebuah rumah teres satu tingkat bernilai RM80,000.00 dibahagikan kepada:

Isteri:                           1/8 bahagian

Anak Perempuan:    7/8 bahagian

Kes Selesai.

 

Beberapa iktibar yang boleh kita ambil daripada kes ini:

1. Antara hikmah faraid adalah satu cara untuk menjalinkan semula dan mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga jika diuruskan dengan baik.

2.    Walaupun tanpa anak lelaki, urusan pusaka si mati, Roslan selesai dengan baik.

3. Urusan pusaka menjadi mudah dengan adanya komitmen semua waris. Waris yang jauh sanggup menghadiri perbicaraan walaupun bukan untuk menuntut haknya.

4. Takharuj atau penolakan bahagian faraid perlu dibuat secara sah iaitu melalui akuan semasa perbicaraan atau Borang DDA.  Penolakan yang dibuat secara lisan kepada waris kononnya tidak mahu terlibat di dalam urusan pusaka si mati adalah suatu persepsi yang salah.

5. .Mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi, Rosmat akan memastikan nasib anak saudara perempuannya terbela. Kebiasaan yang kita jumpa adalah bapa saudara mengambil hak faraid tetapi kebajikan anak saudara tidak terbela.


Sebelum membuat permohonan untuk pembahagian pusaka, anda perlu memastikan semua waris yang disenaraikan adalah waris yang berhak mewarisi pusaka si mati. Sila pastikan tiada nama waris yang berhak tercicir. Anda boleh merujuk kepada JKPTG atau sesiapa yang mahir di dalam ilmu faraid untuk mendapatkan kepastian hak waris.

 

Rancanglah harta pusaka anda hari ini demi memastikan masa depan yang terjamin buat insan tersayang.

Saya Ingin Tahu Perancangan Harta Pusaka




Shopping barang keperluan anda dan keluarga jadi lebih mudah dan jimat di sini 

Shopping Keperluan Anda Sekeluarga Di Sini



Tuesday, April 27, 2021

Pengambilan Tanah Oleh Pihak Kerajaan

 Apabila tanah milik sendiri ingin diambil oleh pihak kerajaan untuk sebarang pembangunan dan sebagainya, ia tidak menjadi satu masalah kerana tanah tersebut adalah hak milik sendiri.Sebagai pemilik tanah tersebut, bayaran pampasan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pemilik tanah tersebut.

Jika kita berpuashati dengan jumlah pampasan yang dibayar, kitab oleh bersetuju dan menerima bayaran tersebut. Tetapi jika kita tidak bersetuju di mana jumlah pampasan yang diterima tidak setimpal dengan nilai semasa, kita boleh membantah dan membawa isu tersebut kepada pihak mahkamah kerana tanah itu adalah hak milik kita. Jika kita berjaya membuat tuntutan di mahkamah, mungkin jumlah pampasan yang diterima jauh lebih tinggi bersama-sama dengan kadar faedah tahunan bagi tempoh perbicaraan berjalan mengikut tempoh masa keputusan perbicaraan.

Tetapi jika pihak kerajaan ingin mengambil tanah pusaka yang masih lagi di bawah nama arwah datuk, nenek, ibu atau ayah kita yang telah meninggal dunia, kita tidak akan menerima duit pampasan yang akan dibayar oleh pihak kerajaan selama mana urusan harta pusaka belum selesai. Semua duit pampasan akan dibayar kepada Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi sehingga urusan harta pusaka selesai. Setelah selesai, barulah duit pampasan itu akan dibayar kepada waris yang berhak. Berapa lama pengurusan harta pusaka akan selesai sehingga bayaran boleh dibuat?

Oleh itu, jika anda masih lagi mempunyai geran tanah di bawah nama ahli keluarga yang telah meninggal dunia, uruslah dengan kadar segera agar tidak menimbulkan lebih banyak masalah di kemudian hari. Ambil peduli!!!


Lebih daripada 900,000 hak milik tanah “kepunyaan orang mati”.


Berminat untuk mengetahui tentang perancangan harta pusaka dengan berwasiat, anda boleh hubungi saya iaitu Perancang Harta Pusaka Islam.


Rosnoriza Mohd

Perancang Harta Pusaka Islam

www.wasap.my/60192732611/RancangPusakaDenganWasiat

 

Kredit kepada Mohamad Tarmizi Ismail.

 

PEMBATALAN WASIAT

Pewasiat boleh membatalkan/menarik balik Wasiat beliau pada bila-bila masa semasa hayat beliau. Walau bagaimanapun, apabila pewasiat telah meninggal dunia, tiada pembatalan boleh dilakukan kerana Wasiat tersebut telah berkuatkuasa. Begitu juga waris-waris juga TIADA KUASA untuk membatalkan Wasiat dan/atau membatalkn perlantikan wasi di dalam Wasiat tersebut.

 

Hanya PERINTAH MAHKAMAH sahaja boleh membatalkan Wasiat atau perlantikan wasi sekiranya Wasiat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Juga, menjadi satu kesalahan jika waris-waris menafikan bahawa pewasiat mempunyai Wasiat sedangkan mereka mengetahui tentang kewujudan Wasiat tersebut.


Berikut adalah peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 (pindaan 2016 ):

Bahagian III - Pembatalan wasiat

SS 12 (a) Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal jika Pewasiat menarik balik wasiatnya

 

Bahagian IV– Perlaksanaan Wasiat

SS 15 (2) Sesuatu wasiat hendaklah dianggap sebagai ditarik balik :

(a) Jika pewasiat melakukan sesuatu perbuatan atau mewujudkan suatu keadaan yang menunjukkan dengan qarinah atau urf bahawa dia telah menarik balik wasiatnya.

SS 16 - Seseorang hendaklah tidak dianggap sebagai menarik balik wasiatnya atas sebab:

(a) Penafian wasiat tersebut oleh orang lain

Wasiat yang lengkap adalah sah semasa hayat pewasiat dan akan berkuatkuasa apabila beliau meninggal dunia. Ini bermakna Wasi yang dilantik wajar melaksanakan wasiat tersebut serta membuat permohonan geran probet di Mahkamah Tinggi Sivil bagi mengesahkan perlantikan wasi tersebut di sisi undang-undang.

 

Walau bagaimana pun, wasi yang telah dilantik berhak dan boleh menggunakan budibicara untuk menolak perlantikan tersebut (Renunciation) atas alasan-alasan yang munasabah.

 

SS 8. Probate and Administration Act 1959 :

“Any person who is or may become entitled to representation may expressly renounce his right to the representation “

 

Dari segi perlaksanaan, as-Salihin boleh menggunakan budibicara untuk membuat penolakan perlantikannya sebagai wasi atas alasan munasabah seperti harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewasiat tidak memadai atau mencukupi untuk membayar kos guaman bagi permohonan geran probet, sijil faraid serta kos-kos pentadbiran seperti yuran pentadbiran pusaka, yuran pindah milik, setem duti dan sebagainya. Dimana waris perlu menanggung kos-kos berkenaan dan waris tersebut tidak berkemampuan. Penolakan perlantikan ini wajar dibuat untuk kebaikan serta tidak membebankan waris.

 

Setelah as-Salihin menolak perlantikan, wasiat yang asal akan diserahkan kepada pentadbir pusaka yang telah dipilih dan dipersetujui oleh semua waris pewasiat. as-Salihin turut mengenakan bayaran minimum yang munasabah bagi menampung kos perjalanan serta masa yang telah digunakan oleh pegawai kami untuk majlis pembacaan wasiat, penerangan serta khidmat nasihat kepada waris untuk menguruskan pusaka pewasiat dengan cara yang betul.

 

Ditekankan bahawa, bayaran yang dikenakan semasa hayat pewasiat adalah bayaran untuk penyediaan dokumen wasiat dan bayaran tersebut tidak meliputi bayaran pelaksanaan wasiat dan pentadbiran harta pusaka pewasiat selepas kematian beliau.

 

Semasa hayat pewasiat, selain daripada bayaran penyediaan wasiat, as-Salihin tidak mengenakan sebarang bayaran lain samada bayaran bulanan atau tahunan untuk memastikan wasiat boleh dilaksanakan selepas kematian pewasiat serta membiayai kos pentadbiran pusaka. Bayaran pentadbiran pusaka hanya akan dikenakan apabila as-Salihin memulakan pentadbiran pusaka selepas kematian pewasiat dan kos tersebut akan ditanggung/dibiayai oleh harta pusaka pewasiat.

Hasil Tulisan: 

Puan Amna Fazillah Ismail

Timbalan Presiden

as-Salihin Trustee Berhad

 

 

Jika ada yang berminat untuk mengetahui tentang wasiat, anda boleh hubungi saya iaitu Perancang Harta Pusaka Islam.

Rosnoriza Mohd

Perancang Harta Pusaka Islam

www.wasap.my/60192732611/RancangWasiat

 

Kepentingan Dokumen Harta Sepencarian Bagi Pasangan Suami Isteri

 Anda dan suami/isteri mempunyai rumah sendiri?

 

Apa situasi anda sekarang?

 

1. Rumah 2 nama dan masing masing berkongsi membayar.

2. Rumah 2 nama, suami sahaja membayar.

3. Rumah 2 nama, isteri sahaja membayar.

4. Rumah nama isteri tetapi isteri dan suami berkongsi membayar.

5. Rumah nama suami tetapi isteri dan suami berkongsi membayar.

6. Rumah nama isteri, isteri sahaja yang membayar.

7. Rumah nama isteri, suami sahaja yang membayar.

8. Rumah nama suami, isteri sahaja membayar.

9. Rumah nama suami, suami sahaja yang membayar.

 

Biasanya selepas suami/isteri meninggal atau bercerai, maka bermulalah proses untuk menuntut harta sepencarian ini timbul.

 

Untuk menuntut Harta sepencarian, ia perlu dibawa ke mahkamah dan bahagian yang layak akan ditentukan oleh hakim.

 

Berapa bahagian yang kita layak dapat ?

25%? 30%? 50%?

 

Bergantung kepada penilaian sumbangan yang dibuat dalam tempoh perkahwinan, Hakim yang menentukan berapa bahagian yg kita layak dapat. Bukan kita yang tentukan nilainya.

 

Ingat! Harta pusaka tidak boleh dibahagikan selagi proses tuntutan harta sepencarian di mahkamah ini belum lagi diselesaikan sepenuhnya.

 

𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 : Kena keluarkan duit nak upah peguam bagi permohonan tuntutan harta harta sepencarian di mahkamah. Kos adalah amat tinggi.

 

𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 : Proses tuntutan yang akan mengambil masa lama.

 

𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗮𝘁𝗮𝘀, 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗰𝗮𝗿𝗮 yang terbaik ialah 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗸𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 (𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗼𝗹𝗲𝗵𝗮𝗻 𝗔𝘀𝗲𝘁 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮).

 

Berminat untuk mengetahui tentang Deklarasi Harta Sepencarian? Anda boleh menghubungi saya dengan segera.

  

Rosnoriza Mohd

Perancang Harta Pusaka Islam

0192372611

wasap.my/60192732611/RancangHarta


Jom Klik LINK untuk Shopping di Lazada:

https://accesstra.de/000lmx000wu4

Selesaikan Urusan Harta Pusaka Keluarga Yang Tertangguh Bertahun-Tahun

Adakah ada di antara anda yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan urusan harta pusaka seperti tanah, rumah, saham dan sebagainya yang dit...