Wednesday, April 5, 2023

Menerima Harta Pusaka Secara Asobah

Seorang Islam boleh menerima harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati iaitu pemilik harta secara Asobah. 

Apakah yang dimaksudkan dengan Asobah?

Asobah bermaksud lebihan atau baki.

Asobah menurut istilah ilmu faraid adalah waris yang tidak mendapat bahagian secara fardhu yang ditetapkan tetapi mereka mengambil pusaka di dalam tiga (3) keadaan iaitu:

1. Adakalanya mendapat semua harta pusaka

2. Adakalanya mendapat baki harta pusaka selepas diambil oleh ahli fardhu

3. Adakalanya tidak mendapat bahagian langsung kerana telah dihabiskan oleh ahli fardhu


Dalam proses pembahagian harta pusaka selepas kematian si pemilik harta, bahagian waris fardhu seperti ibubapa, pasangan dan anak-anak si mati, mesti didahulukan dan selebihnya adalah akan dibahagikan kepada waris Asobah, jika ada lebihannya.


Dalam apa jua pembahagian harta pusaka, waris Asobah akan mendapat lebihan atau baki sahaja.


Rancanglah harta pusaka anda hari ini demi memastikan masa depan yang terjamin buat insan tersayang.

Rancang Harta Pusaka Anda Sekarang





Shopping barang keperluan anda dan keluarga jadi lebih mudah dan jimat di sini 

Shopping Barang Keperluan Anda Di Sini

No comments:

Post a Comment

Selesaikan Urusan Harta Pusaka Keluarga Yang Tertangguh Bertahun-Tahun

Adakah ada di antara anda yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan urusan harta pusaka seperti tanah, rumah, saham dan sebagainya yang dit...