Tahukah anda bahawa hak Harta Sepencarian hanya boleh ditetapkan oleh:
1. Melalui tuntutan di Mahkamah Syariah, atau
2. Penyelesaian bersama melalui perjanjian di antara pasangan suami dan isteri iaitu melalui Deklarasi Harta Sepencarian.
Apakah Harta Sepencarian?
Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai Harta Sepencarian. Pasangan suami/ isteri mempunyai hak masing-masing ke atas Harta Sepencarian.
Namun, hak tersebut perlu dituntut melalui mahkamah. Apabila berlaku kematian salah seorang suami/isteri maka pasangan yang masih hidup berhak untuk menuntut Harta Sepencarian ke atas bahagian harta si mati sebelum pembahagian mengikut Prinsip Faraid dilaksanakan.
Ambil peduli tentang kepentingan Perjanjian Harta Sepencarian di antara anda dan pasangan anda.
Gading mana yang tidak retak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan...Bersedia sebelum ditimpa ujian agar mudaratnya tidak membebankan kehidupan kita suatu hari nanti.
Jom saya kongsi ilmu tentang perancangan harta anda dan pasangan untuk kebaikan di dunia dan akhirat.
Saya Ingin Tahu Wasiat Dan HartaSepencarian
No comments:
Post a Comment