Saturday, August 26, 2023
FWD Medical Care
Wednesday, April 5, 2023
Menerima Harta Pusaka Secara Asobah
Seorang Islam boleh menerima harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati iaitu pemilik harta secara Asobah.
Apakah yang dimaksudkan dengan Asobah?
Asobah bermaksud lebihan atau baki.
Asobah menurut istilah ilmu faraid adalah waris yang tidak mendapat bahagian secara fardhu yang ditetapkan tetapi mereka mengambil pusaka di dalam tiga (3) keadaan iaitu:
1. Adakalanya mendapat semua harta pusaka
2. Adakalanya mendapat baki harta pusaka selepas diambil oleh ahli fardhu
3. Adakalanya tidak mendapat bahagian langsung kerana telah dihabiskan oleh ahli fardhu
Dalam proses pembahagian harta pusaka selepas kematian si pemilik harta, bahagian waris fardhu seperti ibubapa, pasangan dan anak-anak si mati, mesti didahulukan dan selebihnya adalah akan dibahagikan kepada waris Asobah, jika ada lebihannya.
Dalam apa jua pembahagian harta pusaka, waris Asobah akan mendapat lebihan atau baki sahaja.
Rancanglah harta pusaka anda hari ini demi memastikan masa depan yang terjamin buat insan tersayang.
Rancang Harta Pusaka Anda Sekarang
Shopping barang keperluan anda dan keluarga jadi lebih mudah dan jimat di sini
RM90 Bilion Harta Pusaka Beku di Malaysia: Harta Ada, Tetapi Mengapa Waris Masih Kesempitan?
Bayangkan, sebuah keluarga mempunyai rumah, tanah dan wang simpanan bernilai ratusan ribu ringgit. Namun, apabila ketua keluarga meninggal d...
-
“Kalau suatu hari nanti ayah dah tak ada… rumah ini masih menjadi milik kita tak?” Soalan itu mungkin kedengaran biasa. Tetapi bagi sebuah k...
-
Adakah ada di antara anda yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan urusan harta pusaka seperti tanah, rumah, saham dan sebagainya yang dit...
-
Ramai waris menyangka apabila perbicaraan harta pusaka selesai , maka semuanya sudah berakhir. Sebenarnya, perbicaraan harta pusaka hanyala...

