Wednesday, April 5, 2023

Menerima Harta Pusaka Secara Asobah

Seorang Islam boleh menerima harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati iaitu pemilik harta secara Asobah. 

Apakah yang dimaksudkan dengan Asobah?

Asobah bermaksud lebihan atau baki.

Asobah menurut istilah ilmu faraid adalah waris yang tidak mendapat bahagian secara fardhu yang ditetapkan tetapi mereka mengambil pusaka di dalam tiga (3) keadaan iaitu:

1. Adakalanya mendapat semua harta pusaka

2. Adakalanya mendapat baki harta pusaka selepas diambil oleh ahli fardhu

3. Adakalanya tidak mendapat bahagian langsung kerana telah dihabiskan oleh ahli fardhu


Dalam proses pembahagian harta pusaka selepas kematian si pemilik harta, bahagian waris fardhu seperti ibubapa, pasangan dan anak-anak si mati, mesti didahulukan dan selebihnya adalah akan dibahagikan kepada waris Asobah, jika ada lebihannya.

Dalam apa jua pembahagian hart pusaka, waris Asobah akan mendapat lebihan atau baki sahaja.



FWD Medical Care

Get inpatient and outpatient coverage along with many other benefits with FWD Medical Care+! Our public healthcare service is indeed amongst...