Thursday, May 6, 2021

Apa Itu Wasiat?

 “Perancangan pusaka MENAFIKAN HAK waris faraid?”

“Perancangan pusaka MENYANGGAH FITRAH?”

“Kenapa perlu buat wasiat untuk agihan harta pusaka?”

“Kan dah ada faraid yang sempurna. Biarlah faraid yang menentukan bahagian waris masing-masing. Kenapa perlu menyanggah fitrah?”

 

Jom kita beranalogi:

Dunia perbidanan masa kini semakin moden. Proses kelahiran bayi secara pemebdahan sudah tidak asing lagi.

Kenapa perlu dibelah perut ibu mengandung sedangkan belum cukup masanya? Nak melawan takdir ke?

Kan bayi akan lahir secara fitrah apabila tiba masanya. Bukannya bayi akan tinggal selama-lamanya di dalam perut si ibu. Sampai masanya, keluarlah dia.

Sebenarnya pembedahan bukan saja-saja dibuat tanpa sebab musabab yang penting. Risiko keselamatan ibu dan anak yang lebih diutamakan walaupun terpaksa menyanggah kenormalannya.

Begitu juga dengan perancangan pusaka, setiap orang tidak mempunyai keperluan yang sama, ia bergantung kepada keadaan masing-masing. Perancangan awal untuk pewarisan adalah untuk orang yang tersayang dan dapat mencegah penganiayaan daripada berlaku.

Tanpa ilmu, kita sukar untuk menerima perubahan di dalam hidup yang semakin moden dan mencabar. Keluarlah daripada “Tempurung Kejahilan” yang mengongkong keterbukaan minda. Lihatlah dari mata burung, bukan dari mata tempurung.

Berbeza tradisi, budaya, adat atau kelaziman bukanlah suatu yang pelik bagi kita yang berilmu. Percanggahan fitrah yang masih tidak melanggar Syariah adalah dibenarkan berdasarkan situasi tertentu.

Luasnya fungsi wasiat, bukan hanya agihan harta semata-mata. Kalau setakat ingin mengagihkan harta, ikut sahaja kaedah faraid yang dah sedia ada, lebih senang.

Wasiat sangat penting bagi menempuhi langkah demi langkah yang perlu diikuti sehingga sampai ke tahap pembahagian. Perlantikan Pentadbir Harta, Pemegang Amanah, pengurusan hutang dunia dan akhirat perlu diselesaikan dahulu sebelum harta boleh difaraidkan.

Hak waris tidak dinafikan, malah wasiat dapat memudahkan waris untuk mewarisi harta pusaka dengan mudah dan mendapat harta yang bersih. Pewasiat tidak perlu risau tentang hutang yang tertunggak atau perebutan antara waris-warisnya.

Jangan sempitkan pengetahuan anda hanya disebabkan istiqamah kepada persepsi yang dibuat. Jom kita belajar agar tidak tersalah memberi nasihat.


Rancanglah harta pusaka anda hari ini demi memastikan masa depan yang terjamin buat insan tersayang.

SayaInginTahuPerancanganHartaPusaka



Shopping barang keperluan anda dan keluarga jadi lebih mudah dan jimat di sini 

Shopping Keperluan Keluarga Anda Di Sini

No comments:

Post a Comment

Selesaikan Urusan Harta Pusaka Keluarga Yang Tertangguh Bertahun-Tahun

Adakah ada di antara anda yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan urusan harta pusaka seperti tanah, rumah, saham dan sebagainya yang dit...