Sunday, May 9, 2021

Harta Beku Orang Islam RM70 Billion

Daripada tahun 2007 sehingga 2016 iaitu 9 tahun, harta pusaka terbeku masyarakat Islam telah meningkat daripada RM40 Billion kepada RM60 Billion iaitu peningkatan sebanyak 50%.

Daripada tahun 2016 sehingga 2020 iaitu 4 tahun, harta pusaka terbeku masyarakat Islam telah meningkat daripada RM40 Billion kepada RM70 Billion iaitu peningkatan sebanyak 17%.

Jumlah ni bukan ratusan ribu, bukan ratusan juta tetapi BILLION!!! Siapa kata masyarakat Islam di Malaysia tidak kaya? Alhamdulillah dengan rezeki kekayaan ini tetapi kita gagal untuk merancang dan menguruskannya dengan baik.

Berapa ratus hektar tanah masyakat Islam yang terbiar tidak diusahakan?

Berapa banyak rumah terbiar yang ditinggalkan sehingga dikatakan sebagai rumah berhantu, tempat lepak untuk melakukan perbuatan yang tidak sihat dan sebagainya?

Berapa banyak peluang masyarakat Islam rugi kerana tidak dapat mengeluarkan zakat kerana masalah pentadbiran harta pusaka yang tidak dapat diselesaikan?

Ruginya kita kerana terlepas peluang untuk megusahakan harta pusaka yang ditinggalkan, ruginya kita kerana terlepas peluang untuk berzakat dan membantu masyarakat Islam…

Ini adalah kerana kelemahan kita untuk merancang dan menguruskan pusaka daripada awal. Majoriti daripada masyarakat Islam berpendapat bahawa perancangan pusaka daripada awal tidak perlu kerana yang perlu berwasiat adalah untuk yang telah berusia dan anggapan tiada harta serta tiada keperluan kerana Hukum Faraid telah ada.

Di zaman sekarang, ramai je orang yang meninggal dunia di usia muda kerana serangan jantung, kemalangan dan sebagainya. Tiada harta? Hanya kerana sebuah rumah, hanya kerana seeker tanah…urusan pusaka tersangkut kerana tiada persetujuan daripada waris.Dan sebab utama yang menyebabkan masyarakat Islam berada di dalam zon selesa ialah kerana beranggapan hokum faraid telah sedia ada di dalam agama Islam. Jika hokum faraid sahaja yang dapat menyelesaikan masalah pusaka:

1. Kenapa jumlah harta pusaka terbeku tetap meningkat setiap tahun?

2. Kenapa banyak berlaku perselisihan faham tentang pembahagian pusaka sesame waris sehingga putus silaturahim?

3. Kenapa ada waris yang hidup melarat sedangkan si mati mempunyai harta yang banyak semasa hidup?

Jawapannya adalah kerana hukum faraid semata-mata tidak dapat membantu untuk menyelesaikan urusan pusaka. Hukum Faraid hanyalah sebahagian daripada perancangan dan pengurusan pusaka.

Didalam pengurusan harta pusaka, ramai yang tahu tentang hukum faraid tapi terlepas pandang bahawa hukum faraid adalah proses terakhir untuk pembahagian pusaka mengikut pembahagian yang telah ditetapkan daripada Al Quran. Ramai yang terlepas pandang proses yang pertama iaitu pentadbir harta iaitu individu yang bertanggungjawab untuk menguruskan pusaka daripada proses pengumpulan dokumen harta si mati sehingga proses pembahagian.

Masih banyak yang perlu dipelajari oleh kita. Jalan yang terbaik adalah rancanglah pusaka anda semasa hidup dengan berwasiat. Dengan berwasiat, anda boleh pentadbir harta  bagi harta anda lebih awal, anda dapat memastikan semua hutang piutang yang ada dapat dilunaskan, anda dapat beribadah dengan berinfaq sedikit daripada bahagian harta anda dan anda dapat menyatakan hasrat dan harapan anda kepada keluarga tersayang sebab tiada siapa yang tahu bila ajal datang menjemput. Rancang daripada awal, rancang sekarang.


Rancanglah harta pusaka anda hari ini demi memastikan masa depan yang terjamin buat insan tersayang.

SayaInginTahuPerancanganHartaPusaka





Shopping Keperluan Anda Dan Keluarga Di Sini.

Jimat masa dan lebih mudah:

Shopping Keperluan Anda Sekeluarga Di Sini

No comments:

Post a Comment

Selesaikan Urusan Harta Pusaka Keluarga Yang Tertangguh Bertahun-Tahun

Adakah ada di antara anda yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan urusan harta pusaka seperti tanah, rumah, saham dan sebagainya yang dit...