Thursday, May 6, 2021

Pergi Tak Kembali

Perkongsian Kisah Benar Perancangan Harta Pusaka


Menyedari kematian bukan bersyaratkan sakit atau tua, seorang Pakar Perubatan di Utara, bertindak bijak dgn membuat perancangan pewarisan lebih awal. Aku adalah salah seorang 'patient' kpd doktor yg kaya dgn senyuman itu.

 

Dia menyediakan perancangan pewarisan utk pastikan aset yg dimilikinya terjamin diwarisi waris²nya. Dengan harapan tiada konflik dlm keluarga selepas kematiannya dan urusan pusaka berjalan dgn sempurna.

 

Bagaikan terhidu lebih awal kunjungan Malaikat Izrail menjemputnya pulang ke 'kampung abadi', dia sempat menyempurnakan beberapa dokumen perancangan pewarisan bersama as-Salihin Trustee Bhd (aST) pada Mei 2020 walaupun tertangguh beberapa kali sebelum itu.

 

Perancangan ini bukan sahaja menjamin waris mewarisi pusakanya, malah menjamin penyelesaian segala hutang-piutangnya akan terurus. Perancangan takaful seperti mana yg dihajatinya akan turut direalisasikan melalui Amanah Takaful yg aST sediakan.

 

Dalam masa yg sama juga, arwah juga nak pastikan terjananya bekalan pahala yg berpanjangan dari harta yg ditinggalkan melalui infaq selepas kematian.

 

Tanpa diduga, tanpa disangka, dia akhirnya dijemput Allah di bulan yg penuh barakah ini dalam perjalanan pulang ke rumah selepas Solat Sunat Terawih. Saat itu terputuslah segala kenikmatan dunia yg dikecapinya. Tinggallah segala harta benda yg dimiliki, ibu yg dikasihi, isteri yg dicintai & anak² yg disayangi. Pemergian yg tak akan kembali lagi…

 

Bacaan wasiat telah dibuat dalam tempoh 2 minggu selepas pemergian arwah ke Rahmatullah di rumah pusaka arwah. Dokumen yg didatangkan dari Kuala Lumpur, dgn ciri² keselamatan yg standard, dibuka 'seal'nya dihadapan semua waris.

 

Mendung di mata, gerimis di pipi. Itulah gambaran suasana hiba & sebak menyelubungi sepanjang sesi pembacaan wasiat. Semua waris faham hasrat arwah & semua setuju dgn apa yg direncanakan arwah.

 

Isteri arwah sangat terharu, bersyukur & berbangga dgn tindakan arwah suaminya yg menyediakan perancangan pewarisan ini utk mereka sekeluarga. Kini kerisauan dan kegusarannya yg timbul sejak hari kematian lagi, telah terpadam selepas selesai sesi bacaan dan penerangan wasiat serta beberapa dokumen lain seperti Harta Sepencarian dan Amanah Takaful.

 

Ansuran bulanan hutang kereta & rumah dah ada solusinya melalui Amanah Takaful. Semua aset arwah akan diuruskan sepenuhnya oleh aST selepas ini. Waris yg masih dalam mood kesedihan tidak lagi dibebani dgn urusan pusaka yg merumitkan.

 

Arwah bukan saja meninggalkan harta yg pelbagai, malah meninggalkan pakej keselesaan pewarisan urustadbir hartanya. Suatu bebanan berat kepada isteri telah diambil alih oleh aST dgn urusan yg lebih sempurna. Tambahan pula 3 orang anak masih dibawah umur. Kini isterinya telah dilantik melalui wasiat sebagai Penjaga Harta anak² tersebut.

 

Tempoh perancangan yg dibuat arwah belum pun mencecah 1 tahun, telah memberikan keselesaan kpd waris yg akan dikenang sepanjang hayat mereka. Setiap ungkapan 'Pesanan Terakhir' dlm wasiat menjadi amanat yg sangat terkesan dihati kpd semua waris. Itulah kata² akhir dari lubuk hati arwah buat waris²nya yg disayangi.

 

 

Bagi yang ingin memastikan segala harta diuruskan dengan baik selepas kita meninggalkan dunia ini, berwasiatlah daripada sekarang.

 

Rancanglah harta pusaka anda hari ini demi memastikan masa depan yang terjamin buat insan tersayang.


SayaInginTahuPerancanganHartaPusaka







Shopping barang keperluan anda dan keluarga jadi lebih mudah dan jimat di sini 

Shopping Keperluan Anda Di Sini

No comments:

Post a Comment

Selesaikan Urusan Harta Pusaka Keluarga Yang Tertangguh Bertahun-Tahun

Adakah ada di antara anda yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan urusan harta pusaka seperti tanah, rumah, saham dan sebagainya yang dit...