Kisah benar daripada Ustaz Wan Abdul Halim semasa mengendalikan perbicaraan pusaka di Ipoh, Perak.
Tanpa Anak Lelaki
Selalu diperkatakan oleh orang ramai bahawa kalau tiada anak lelaki, akan susah jadinya. Bagaimana pula dengan kes ini?
Fakta kes:
Si mati: Roslan
Waris: seorang isteri, seorang anak perempuan
berumur 10 tahun dan seorang saudara lelaki seibu sebapa, Rosmat.
Harta Peninggalan: sebuah rumah teres bernilai RM80,000.00
Permohonan untuk membahagikan harta pusaka yang dibuat oleh isteri si mati dan perbicaraan harta pusaka berlangsung di Pejabat Pusaka, JKPTG Ipoh, Perak.
Pegawai: “Puan, rumah teres ni nak bahagi macamana?”
Isteri: “Saya
pohon dibahagi mengikut hokum faraid.”
Pegawai: “Maknanya
rumah teres ni didaftarkan dengan 3 nama mengikut bahagian masing-masing?”
(Bertanya untuk kepastian)
Isteri: “Ya,
Tuan.”
Pegawai: “En.
Rosmat, encik tinggal di mana?”
Rosmat: “Saya
tinggal di Johor Bharu, Tuan.”
Pegawai: “Bila
dating ke Ipoh?”
Rosmat: “Semalam.
Saya bermalam di hotel.”
Pegawai: “En.
Setuju rumah teres ni dibahagi mengikut hukum faraid?”
Rosmat: “Tuan,
bahagian saya, saya dgn rela hati serahkan kepada anak saudara saya.”
Pegawai: “Benar
ke encik tak mahu bahagian encik? Encik dating dari jauh, bahagian encik 3/8
bahagian. Bernilai RM30,000.00.”
Rosmat: “Ya
Tuan. Saya serahkan kepada anak saudara saya yang seorang ni. Dan saya berjanji
akan tanggung (perbelanjaan) dia sehingga dia besar (dewasa).”
Situasi tidak semena-mena menjadi hiba. Saya terlihat isteri si mati mengeluarkan sehelai tisu daripada dalam beg tangannya lalu mengesat air mata yang mengalir keluar. Mungkin dia terkejut dan terharu dengan kata-kata Rosmat.
Pegawai: (Tersentuh dengan situasi tersebut dan terlintas di dalam hati: Masya Allah, Allah telah menunjukkan kepadaku akan hikmahNya.)
Keputusan Perbicaraan:
Sebuah rumah teres satu tingkat bernilai RM80,000.00 dibahagikan kepada:
Isteri: 1/8 bahagian
Anak Perempuan: 7/8
bahagian
Kes Selesai.
Beberapa iktibar yang boleh kita ambil daripada kes ini:
1. Antara hikmah faraid adalah satu cara untuk menjalinkan semula dan mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga jika diuruskan dengan baik.
2. Walaupun tanpa anak
lelaki, urusan pusaka si mati, Roslan selesai dengan baik.
3. Urusan pusaka menjadi
mudah dengan adanya komitmen semua waris. Waris yang jauh sanggup menghadiri
perbicaraan walaupun bukan untuk menuntut haknya.
4. Takharuj atau penolakan
bahagian faraid perlu dibuat secara sah iaitu melalui akuan semasa perbicaraan
atau Borang DDA. Penolakan yang dibuat
secara lisan kepada waris kononnya tidak mahu terlibat di dalam urusan pusaka
si mati adalah suatu persepsi yang salah.
5. .Mempunyai rasa
tanggungjawab yang tinggi, Rosmat akan memastikan nasib anak saudara perempuannya
terbela. Kebiasaan yang kita jumpa adalah bapa saudara mengambil hak faraid tetapi
kebajikan anak saudara tidak terbela.
Sebelum membuat permohonan untuk pembahagian pusaka, anda perlu memastikan semua waris yang disenaraikan adalah waris yang berhak mewarisi pusaka si mati. Sila pastikan tiada nama waris yang berhak tercicir. Anda boleh merujuk kepada JKPTG atau sesiapa yang mahir di dalam ilmu faraid untuk mendapatkan kepastian hak waris.
Ada yang ingin dibantu dalam perancangan dan pengurusan
harta pusaka?
Klik di bawah untuk konsultasi:
No comments:
Post a Comment