Pewasiat boleh membatalkan/menarik balik Wasiat beliau pada bila-bila masa semasa hayat beliau. Walau bagaimanapun, apabila pewasiat telah meninggal dunia, tiada pembatalan boleh dilakukan kerana Wasiat tersebut telah berkuatkuasa. Begitu juga waris-waris juga TIADA KUASA untuk membatalkan Wasiat dan/atau membatalkn perlantikan wasi di dalam Wasiat tersebut.
Hanya PERINTAH MAHKAMAH sahaja boleh membatalkan Wasiat atau perlantikan wasi sekiranya Wasiat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Juga, menjadi satu kesalahan jika waris-waris menafikan bahawa pewasiat mempunyai Wasiat sedangkan mereka mengetahui tentang kewujudan Wasiat tersebut.
Berikut adalah peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 (pindaan 2016 ):
Bahagian III - Pembatalan wasiat
SS 12 (a) Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal jika Pewasiat menarik balik wasiatnya
Bahagian IV– Perlaksanaan Wasiat
SS 15 (2) Sesuatu wasiat hendaklah dianggap sebagai ditarik balik :
(a) Jika pewasiat melakukan sesuatu perbuatan atau mewujudkan suatu
keadaan yang menunjukkan dengan qarinah atau urf bahawa dia telah menarik balik
wasiatnya.
SS 16 - Seseorang hendaklah tidak dianggap sebagai menarik balik
wasiatnya atas sebab:
(a) Penafian wasiat tersebut oleh orang lain
Wasiat yang lengkap adalah sah semasa
hayat pewasiat dan akan berkuatkuasa apabila beliau meninggal dunia. Ini
bermakna Wasi yang dilantik wajar melaksanakan wasiat tersebut serta membuat
permohonan geran probet di Mahkamah Tinggi Sivil bagi mengesahkan perlantikan
wasi tersebut di sisi undang-undang.
Walau bagaimana pun, wasi yang telah
dilantik berhak dan boleh menggunakan budibicara untuk menolak perlantikan
tersebut (Renunciation) atas alasan-alasan yang munasabah.
SS 8. Probate and Administration Act 1959 :
“Any person who is or may become entitled to representation may
expressly renounce his right to the representation “
Dari segi perlaksanaan, as-Salihin
boleh menggunakan budibicara untuk membuat penolakan perlantikannya sebagai
wasi atas alasan munasabah seperti harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewasiat
tidak memadai atau mencukupi untuk membayar kos guaman bagi permohonan geran
probet, sijil faraid serta kos-kos pentadbiran seperti yuran pentadbiran
pusaka, yuran pindah milik, setem duti dan sebagainya. Dimana waris perlu menanggung
kos-kos berkenaan dan waris tersebut tidak berkemampuan. Penolakan perlantikan
ini wajar dibuat untuk kebaikan serta tidak membebankan waris.
Setelah as-Salihin menolak
perlantikan, wasiat yang asal akan diserahkan kepada pentadbir pusaka yang telah
dipilih dan dipersetujui oleh semua waris pewasiat. as-Salihin turut mengenakan
bayaran minimum yang munasabah bagi menampung kos perjalanan serta masa yang
telah digunakan oleh pegawai kami untuk majlis pembacaan wasiat, penerangan
serta khidmat nasihat kepada waris untuk menguruskan pusaka pewasiat dengan
cara yang betul.
Ditekankan bahawa, bayaran yang
dikenakan semasa hayat pewasiat adalah bayaran untuk penyediaan dokumen wasiat
dan bayaran tersebut tidak meliputi bayaran pelaksanaan wasiat dan pentadbiran
harta pusaka pewasiat selepas kematian beliau.
Semasa hayat pewasiat, selain
daripada bayaran penyediaan wasiat, as-Salihin tidak mengenakan sebarang
bayaran lain samada bayaran bulanan atau tahunan untuk memastikan wasiat boleh
dilaksanakan selepas kematian pewasiat serta membiayai kos pentadbiran pusaka.
Bayaran pentadbiran pusaka hanya akan dikenakan apabila as-Salihin memulakan
pentadbiran pusaka selepas kematian pewasiat dan kos tersebut akan
ditanggung/dibiayai oleh harta pusaka pewasiat.
Puan Amna Fazillah Ismail
Timbalan Presiden
as-Salihin Trustee Berhad
Jika ada yang berminat untuk mengetahui tentang wasiat, anda boleh hubungi
saya iaitu Perancang Harta Pusaka Islam.
Rosnoriza Mohd
Perancang Harta Pusaka Islam
www.wasap.my/60192732611/RancangWasiat
No comments:
Post a Comment