Tuesday, April 27, 2021

Pengambilan Tanah Oleh Pihak Kerajaan

 Apabila tanah milik sendiri ingin diambil oleh pihak kerajaan untuk sebarang pembangunan dan sebagainya, ia tidak menjadi satu masalah kerana tanah tersebut adalah hak milik sendiri.Sebagai pemilik tanah tersebut, bayaran pampasan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pemilik tanah tersebut.

Jika kita berpuashati dengan jumlah pampasan yang dibayar, kitab oleh bersetuju dan menerima bayaran tersebut. Tetapi jika kita tidak bersetuju di mana jumlah pampasan yang diterima tidak setimpal dengan nilai semasa, kita boleh membantah dan membawa isu tersebut kepada pihak mahkamah kerana tanah itu adalah hak milik kita. Jika kita berjaya membuat tuntutan di mahkamah, mungkin jumlah pampasan yang diterima jauh lebih tinggi bersama-sama dengan kadar faedah tahunan bagi tempoh perbicaraan berjalan mengikut tempoh masa keputusan perbicaraan.

Tetapi jika pihak kerajaan ingin mengambil tanah pusaka yang masih lagi di bawah nama arwah datuk, nenek, ibu atau ayah kita yang telah meninggal dunia, kita tidak akan menerima duit pampasan yang akan dibayar oleh pihak kerajaan selama mana urusan harta pusaka belum selesai. Semua duit pampasan akan dibayar kepada Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi sehingga urusan harta pusaka selesai. Setelah selesai, barulah duit pampasan itu akan dibayar kepada waris yang berhak. Berapa lama pengurusan harta pusaka akan selesai sehingga bayaran boleh dibuat?

Oleh itu, jika anda masih lagi mempunyai geran tanah di bawah nama ahli keluarga yang telah meninggal dunia, uruslah dengan kadar segera agar tidak menimbulkan lebih banyak masalah di kemudian hari. Ambil peduli!!!


Lebih daripada 900,000 hak milik tanah “kepunyaan orang mati”.


Berminat untuk mengetahui tentang perancangan harta pusaka dengan berwasiat, anda boleh hubungi saya iaitu Perancang Harta Pusaka Islam.


Rosnoriza Mohd

Perancang Harta Pusaka Islam

www.wasap.my/60192732611/RancangPusakaDenganWasiat

 

Kredit kepada Mohamad Tarmizi Ismail.

 

No comments:

Post a Comment

FWD Medical Care

Get inpatient and outpatient coverage along with many other benefits with FWD Medical Care+! Our public healthcare service is indeed amongst...